BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

December 18, 2011

8 PAPAN TANDA LALU LINTAS CINTA :

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada di jalan raya. sepanjang perjalanan kita pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. Begitu jugalah percintaan kamu.. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN

Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sahaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA

Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk menjadi pendengar yang baik dan setia. Begitulah berlaku sebaliknya.

SEDANG DALAM PEMBINAAN

Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.

PEJALAN KAKI

Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.

JALAN BENGKANG BENGKOK

Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Setiap perhubungan pasti ada masalah. Jangan mudah tidak tepati janji.

JALAN SEMPIT

Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.

AWAS! JALAN BERBUKIT

Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikir sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.

JARAKKAN KENDERAAN

Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!!!